Perspective

Penilaian Saya Terhadap Facebook Community Standard Bahagian Kebogelan

Ketika menelaah Facebook Community Standards (FCS) pada tahun 2017, saya terjumpa satu bahagian tentang penggalakan perilaku yang dihormati bagi mengekalkan para pengguna agar berada dalam kelakuan yang baik sepanjang penggunaan laman sosial Facebook. Antara perkara yang dibicarakan termasuklah kebogelan yang merupakan awal isi dalam bahagian ini. Ketika saya cuba memahami piawaian kebogelan, saya dapati piawaian itu mempunyai kelompangan yang tidak dapat dinafikan serta tidak diselamatkan lagi untuk bertoleransi terhadapnya. Bagaimana mungkin tidak jikalau piawaian yang dikuatkan itu memberi kesan kezaliman terhadap orang lain, termasuklah diri saya disebabkan dasar yang tidak kukuh? Berikut merupakan dua perkara kritikal yang ingin saya tekankan bahawa wujudnya kecelaruan dalam perincian polisi pihak Facebook :

FCS menyebutkan :

“Kami menyekat paparan kebogelan kerana sebahagian pengguna dalam komuniti global kita mungkin sensitif terhadap kandungan jenis ini, khususnya kerana latar belakang budaya atau umur. Untuk memastikan tindakan yang adil pada pengguna dan merespon aduan dengan pantas, perkara ini penting untuk kami memiliki polisi dalam tempat yang kumpulan global kita dapat diterima secara seragam dan mudah apabila penyemakan semula kandungan”.

Ulasan saya :

Jika pihak Facebook berkata bahawa mereka bertindak adil, mengapa mengabaikan hak orang yang tidak ada masalah terhadap kandungan itu? Bahkan, mereka mengambil tindakan walaupun tiada aduan terhadapnya dan menzalimi pengguna atas alasan kandungan kebogelan. Jika ada aduan sekalipun, maka tidak adil jika pihak Facebook menyebelahi satu pihak sahaja tanpa mahu memberikan ruang kepada orang lain. Itu belum lagi dikira jika gambar itu masih tidak sepakat sama ada gambar itu mengandungi kebogelan ataupun tidak.Perkara ini akan jelas pada ulasan yang seterusnya dan sekaligus menunjukkan bahawa pihak Facebook sebenarnya tiada peraturan seragam dan berdasar terhadap tindakannya.

Jika kita ingin selesaikan konflik dua kelompok ini, maka penyelesaiannya ialah pihak Facebook mencipta pilihan untuk pengguna bagi menetapkan tapisan automatik pada Bekalan Berita (Newsfeed) mereka atau di mana-mana kawasan sekitar laman sesawang Facebook dari paparan kandungan kebogelan. Manakala, pengepos diberi pilihan untuk tetapkan pengguna sasaran sekehendak mereka. Sekaligus memberikan keadilan kepada semua pihak. Bukan semua diselesaikan dengan sekatan dan kemudian menghukum pengguna lain dengan zalim.

FCS menyebutkan :

“Kami juga menyekat fotografi lukisan, ukiran dan seni lain yang menyerupai ketelanjangan. Sekatan terhadap kebogelan dan aktiviti seks juga diaplikasikan pada kandungan rekaan digital melainkan kandungan itu dipos untuk tujuan pendidikan, jenaka dan satira”.

Ulasan saya :

Di sini ada tiga ulasan. Pertama, pihak Facebook tidak menjelaskan makna pendidikan, jenaka dan satira. Adakah pendidikan merujuk kepada pembelajaran anatomi? Adakah jenaka itu merujuk sesuatu gambar yang pada asalnya bukan jenis kebogelan, tetapi dicampuradukkan dengan unsur itu sehingga menjadi sesuatu yang mampu mengetawakan orang lain? Adakah satira itu seperti lukisan gambar seseorang, kemudian dicampuradukkan unsur kebogelan, lalu bahan itu dijadikan sebagai ejekan terhadap orang? Pendefinisian ini penting supaya Facebook mempunyai peraturan yang seragam untuk tindakan mereka.

Misalnya, kadangkala gambar lukisan digital yang mempunyai kandungan kebogelan dimuat naik dan gambar itu kosong dari mana-mana elemen yang mempunyai unsur penerangan, tetapi penerangan itu dijelaskan pada pos yang ditulis, bukan tertera pada gambar itu sendiri. Dalam perkara ini, adakah ini dapat dianggap sebagai kebogelan yang dibenarkan? Hakikatnya, itu ialah kebogelan yang dibenarkan kerana mengandungi pendidikan padanya walaupun gambar itu secara tidak jelas mempunyai elemen pendidikan, tetapi wujud pada pos yang disertakan bersama berdasarkan piawaian pihak Facebook.

Namun, hal yang berlaku ialah pihak Facebook menyekat mentah-mentah sebelum pengguna dapat selesaikan urusannya agar syarat yang menjadi sebab sekatan dapat dielakkan. Kalau bukan disabitkan kandungan itu merupakan unsur kebogelan, pada awal lagi pemakluman sekatan itu atas alasan kandungan itu ialah sarap elektronik (spam). Kalaupun lepas pada proses pengeposan, lama-kelamaan pihak Facebook mengambil tindakan atas alasan melanggar FCS. Ini jelas kecelaruan pihak Facebook dalam menguatkuasakan tindakan terhadap polisinya.

Lagipun, penafsiran tentang kebogelan mungkin berbeza-beza mengikut individu. Sebab itulah pihak Facebook perlu jelas pendenifisian perkara yang dikecualikan itu supaya konteks sekatan itu dapat diperhatikan dengan jelas had yang dibenarkan dalam FCS. Jika tidak, semua gambar itu dibakulsampahkan dalam senarai sekatan sedangkan tujuan pengeposan itu bukan untuk tujuan selain yang dikecualikan. Ini merupakan kezaliman terhadap pengguna akibat tidak ada dasar yang jelas untuk melaksanakan polisinya.

Kedua, jika FCS membenarkan fotografi lukisan, ukiran dan seni lain yang menyerupai kebogelan., bagaimana jikalau kandungan rekaan digital itu dicetak, lantas kandungan yang tercetak itu diambil gambar sebagai fotografi, kemudian dimuat naik ke Facebook? Adakah ini dikira kebogelan? Hakikatnya, itu juga kebogelan yang dibenarkan kerana itu ialah fotografi lukisan. Oleh itu, mengapa perlu membezakan antara fotografi dan gambar yang direka secara digital? Bezanya sekadar kedudukan gambar itu, iaitu salah satunya gambar digital dan yang lain gambar fotografi. Maka, piawaian ini mengarut dan tidak ada makna melainkan pihak Facebook menyamakan tindakan polisinya tanpa membezakan status gambar kedua-dua, iaitu sama ada menyekat fotografi dan gambar digital atau membenarkan kedua-duanya. Tidak ada pilihan lain bagi Facebook melainkan itu sahaja.

Ketiga, pihak Facebook bertindak atas dasar komuniti global sensitif terhadapnya. Bagaimana pembezaan ukiran dan gambar digital mempunyai kelainan persespsi kesensitifan komuniti global terhadap itu? Apakah buktinya? Tindakan tanpa alasan yang sah merupakan kezaliman. Kesan kezaliman telah jelas bahawa pihak Facebook sekat mentah-mentah walaupun tiada aduan padanya atas alasan komuniti global berasa sensitif terhadapnya, tetapi ukiran dan lukisan yang memaparkan keserupaan unsur kebogelan tidak pula dianggap sensitif! Jelaslah, bahawa persepsi sensitif ini bergantung pada individu pengguna itu sendiri.

Penyelesaian

Polisi yang paling terbaik untuk masalah ini ialah dua pilihan, sama ada sekat semua yang berunsur kebogelan atau terima semua. Perincian seperti ini kalut dan tidak berfaedah dalam penguatkuasaan polisi. Kritikan ini bukan sahaja pada perinciannya, malah tindakan yang tidak mempunyai dasar yang jelas dan keterlaluan sehingga batas dan konteks sekatan kabur dan tidak jelas untuk pengguna. Jika bermaksud sememangnya untuk sekatan secara menyeluruh, maka membohongi pengguna dengan peraturan bolehnya kandungan itu merupakan kejahatan yang terang. Namun, jika yang dibolehkan itu tidak jelas, maka tindakan zalim akan berleluasa dan berterusan. Sebab itulah, perkara ini perlu bagi pihak Facebook untuk mengambil perhatian dalam menyemak semula peraturan kes ini.

Jika berada perkara yang tidak jelas tentang boleh dan ketidakbolehan terhadapnya, adakah kita boleh melakukannya? Jawapan saya adalah semua perilaku tidak salah pada asalnya selagimana belum terbukti jelas jenayahnya atau perbuatan jahatnya. Penafsiran tentang itu bukan terikat pada persepsi individu semata-mata kerana seorang individu bukan penafsiran global untuk semua. Namun, berjaya atau tidak berjaya, itu bergantung pada tuah. Kalau pihak Facebook sememangnya mahu bertindak liar terhadap seseorang, maka malanglah nasib orang itu.

71dkekzTM3L._SY606_
Ini antara gambar yang disekat oleh pihak Facebook. Walhal, saya menepati dua kriteria yang diizinkan untuk mengeposnya. Pertama, saya menepati kriteria bahawa fotografi ukiran yang menyerupai kebogelan. Kedua, saya menepati kriteria bahawa gambar ini bertujuan pendidikan dengan mengepilkan sekali bersama artikel ini.  Lantas, bagaimana saya dihukum kerana melanggar piawaian komuniti Facebook? Jelas, bahawa masalah sebenar pada pihak Facebook sendiri!
56453q4
Gambar ini pada asalnya dianggap sarap elektronik (spam). Apabila saya membalas kepada mereka bahawa ini bukan sarap elektronik, mereka tetap berkeras untuk mengongkong ini kerana melanggar piawaian komunitinya. Saya tertanya-tanya sebab ini menjadi ancaman terhadap piawaian mereka.
CttcJozWAAAjP1z
Saya memuat naik gambar ini bersama pos penulisan akademik untuk menunjukkan beberapa contoh yang berkaitan dengan topik dalam bahasa bukan Inggeris. Sungguh! Tiada gurauan di sini! Tetapi, sepertimana biasa, Facebook membuat kacau terhadap ini.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s