Psychology · Sociology

Mengapa Seks Itu Seronok?

Salah satu persoalan utama dalam kehidupan ialah: Mengapa seks begitu seronok? Menurut kajian semakan semula yang baharu, hal itu kerana seks seumpama tarian, yoga dan keseronokan jenis lain yang melibatkan tubuh badan yang merupakan sebuah irama dan irama itu mempunyai cara untuk menyatukan dan meningkatkan perasaan itu.

Kajian itu ditulis oleh Adam Safron, pengkaji Northwesten University dan diteribtkan di Socioaffective Neuroscience and Psychology. Kajian itu menyatakan persetubuhan mampu menjadi seumpama pengalaman yang ajaib kerana “hiburan”. Ini ungkapan yang terbaik untuk mengatakan bahawa otak, organ deria dan sistem badan anda kesemuanya mengalir ke haluan seksi yang sama. Sesuatu yang terjadi ketika saat-saat untuk orgasma, dia berhujah, sesuatu yang sama terjadi ketika pengalaman yang paling menggembirakan (bayangkan rentak irama kegemaran anda pada lagu disko baharu). Perspesi irama dan gerak geri yang mendorong anda untuk lebih fokus kepada stimuli yang membuatkan anda lebih terangsang. Itu menjadikan anda lebih seronok dan lebih fokus yang membawa kepada peningkatan lanjut pada iring arus, sekaligus mencipta suap balik positif dalam memperhebat serapan seksual.

Keterangan itu tidak cukup untuk menyatakan hal ini menambahkan keghairahan dan keseronokan. Cara yang lebih baik untuk memahami sebab seseorang hilang kesedarannya seperti biasa semasa melakukan seks dalam keadaan asyik, sama seperti anda merasa kesedaran serapan terutamanya pada tarian yang penuh dengan keseronokan, sesi yoga yang penuh tumpuan, tafakkur yang sangat mendalam atau larian yang sangat memuaskan. “Fokus yang hebat dalam rasa yang segera sebagaimana kesemua itu adalah dihasilkan oleh stimulasi irama yang kemungkinan mengurangkan kuasa keupayaan mental berinteraksi untuk sesuatu yang lain”, tulis Safron. Hal itu seperti swanaratif yang suka merenung, tertanya-tanya tentang perkara yang akan berlaku atau secara umumnya fikiran anda berada di tempat lain berbanding kedudukan yang anda berada masa itu. “Pengalaman deria itu memfokuskan dan mengubah swapemprosesan kemungkinan lebih sesuai dengan merujuk kepada suatu jenis keadaan asyik”, tulisnya. “Jika keasyikan ini berlaku dalam konteks individu lain yang sama-sama terserap, maka itu mampu berpotensi menyumbangkan perasaan perhubungan bersama dengan pengemabangan swabatasan yang lain”.

Dalam emel susulan, Safron mengatakan bahawa penemuan yang paling mengejutkan dalam kajian ini ialah betapa banyak seks menyerupai aktiviti yang hebat seperti tarian dan muzik. “Keasyikan seksual kemungkinan sama dengan tafakkur dan yoga dalam memfokuskan rasa irama pada nafas di badan dan kadangkala pada gerakan badan yang biasa”, katanya. “Aliran vinyasa mempunyai tempo dan nada tertentu padanya. Sudah tentu irama irama merupakan segala-galanya dalam tarian”. Keasyikan itu juga mempunyai aspek evolusi, dia berhujah; Lingkaran suap balik positif pada serapan iring arus merupakan cara semula jadi memberitahu anda untuk meneruskan melakukan seks dengan seseorang memandangkan seseorang yang dapat mendorong untuk anda kepada aspek seks yang hebat. Hal ini berkemungkinan mereka lebih memberi perhatian penuh dalam perhubungan lebih luas dan juga dengan membesarkan anak-anak. Sepertimana pengkaji seks berkata kepada Science of Us, iaitu yang terbaik (dan satu-satunya) cara untuk memperoleh yang lebih baik dalam seks ialah mempelajari sesuatu yang pasangan anda sukai dan tumpu padanya.

Sekarang, iring arus irama ialah model, salah satu cara bagi memahami keberkesanan seks (atau ketidakberkesanan). Model itu memerlukan kajian empirik sebelum dapat disemadikan sebagai kebenaran mutlak. Namun, pada pertimbangan yang waras, hal itu semestinya kelihatan pragmatik. Bagi Safran, model itu mencadangkan bahawa anda akan melakukan terbaik memberi tumpuan lebih dalam merasai irama ketika seks dan kualiti irama yang anda berikan pada pasangan anda memandangkan anda melakukan perkara yang sama dari semasa ke semasa sehingga anda tua.

“Model pengalaman seks itu sebagai keadaan keasyikan mencadangkan seseorang perlu merasai selesa untuk melakukannya supaya seronok melakukan seks”, tulisnya. “Ini konsisten dengan kebanyakan daripada perkara yang ahli terapi seks beritahu kepada klien. Meskpun saya fikir saya mencadangkan sesuatu yang lebih sedikit radikal di sini, saya menyatakan bahawa ahli sainsneuro menyokong hal yang berkaitan dengan pengalaman seksual kita sebagai perubahaan keadaan kesedaran. Saya fikir memandang keseksualan dengan cara ini mampu menolong seseorang mengelak melakukan seks (dan terhadap sesama sendiri) tanpa munasabah dan itu sebenarnya mampu membantu seseorang untuk masuk kepada keadaan keasyikan yang mereka mahu”.

Terjemahan daripada : http://nymag.com/scienceofus/2016/11/why-sex-is-so-good.html

Sebuah penemuan menunjukkan melakukan seks seminggu sekali membuatkan seseorang lebih gembira berbanding sebulan sekali. Hal itu menyamai dengan menjana pendapatan tambahan $50,000 setiap tahun. Christian Jarret menegaskan di BPS Research Digest. Soalan itu berkaitan tentang sebab seks menghasilkan kesan itu yang bukan sahaja kenikmatan waktu itu juga, tetapi rasa keselesaan yang lebih hebat  Daripada situlah kajian baharu diterbitkan di Personality and Social Psychology Bulletin yang tampaknya kesemuanya berkaitan dengan pelukan. “Seks bukan sahaja bermanfaat pada kerana kesan psikologinya dan hedonik”, tulis penulis kedoktoran Anik Debrot dan rakannya dari University of Toronto, “tetapi sebab menggalakkan perhubungan lebih kuat dan lebih positif dengan pasangan”. (Rujuk : http://nymag.com/scienceofus/2017/02/why-sex-makes-people-happy.html).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s