Sociology

Mengapa Kita Melakukan Seks?

Kenapa anda tidur di waktu malam? Soalan ini secara zahirnya kelihatan ringkas, tetapi sebenarnya soalan itu antara soalan yang susah yang sehingga sekarang sains tidak menjawabnya. Banyak yang zahirnya kelihatan ringkas, tetapi pada penelitian yang mendalam, tidaklah semuanya mudah dijawab. Salah satu daripadanya mungkin yang paling menarik, iaitu mengapa kita melakukan seks?
Mengapa anda mahukan seks? Jawapan yang lazim tentulah berdasarkan yang telah diketahui, iaitu fungsi pembiakan melalui seks. Kita mahukan seks kerana kewujudan kita yang berterusan sebagai spiseis bergantung padanya. Seseorang dididik bahawa anak-anak lahir melalui seks dan sesuatu yang berkaitan dengan burung botak cumalah cerita sahaja.
Namun, fakta secara kasar ini diragukan dengan anggapan ini. Pertama, manusia meneruskan untuk melakukan seks selepas mereka terhenti memperoleh anak. Selalunya, kehidupan seks mereka sebenarnya lebih baik kerana tidak ada kebimbangan lagi tentang kehamilan yang tidak terancang (atau nanti seorang junior muncul di sebelah ketika beraksi, lalu dia berkata dia mahu ke tandas).
Hal ini membawa kita fakta berikut, iaitu kebanyakan seks yang berlaku sekarang ini di seluruh dunia bukanlah untuk tujuan beranakan. Sebaliknya, kebanyakan mereka yang begitu sibuk pada sat ini akan terkejut dan kecewa apabila mendapati akrobatik gembira mereka menyebabkan kehamilan. Keseronokan segera dalam seks dan erotisisme tidak semestinya berkaitan dengan peningkatan minat dalam menghasilkan keturunan.
Sebenarnya, minat mereka selalunya yang berkaitan dengan sebaliknya.Tambahan pula, banyak perlakuan seks yang selalunya kita lakukan  tidak berkaitan dengan pembiakan sama sekali walaupun pada tahun subur. Jika seks untuk pembiakan, bagaimana mekanisme keseronokan seks disusun berkaitan dengan seks dubur dan oral? Mengapa kita anda berpegangan tangan dengan teman lelaki anda? Anak tidak lahir melaluinya.
Lagipun, anda juga berpegangan tangan dengan anak saudara perempuan berusia tiga tahun. Apa yang terjadi di sini? Dan apakah itu pembiakan tentang seseorang membelai rambut anda? Sebenarnya, mengapa urusan genital, organ keseronokan pembiakan tersebar ke segala jenis organ yang tidak ada kena mengena dengan pembiakan seperti bahu (sangat seksi pada abad ke-19), leher (tarikan seks pada budaya Jepun) atau buah dada (obsesi kontemporari orang Amerika)? Jika seseorang lelaki mempunyai desakan biologi untuk mendapatkan ibu yang baik untuk zuriatnya, mengapa dia selalu membezakan antara wanita seksi dan wanita keibuan serta memilih yang seksi berbanding keibuan?
Sekarang anda berkata, “Ok, marilah kita lupakan tentang biologi. Mengapa rumitkan keadaan? Seks itu seronok dan nikmat? Saya melakukan seks untuk keseronokan”. Namun, alasan itu juga tidak memuaskan. Hal itu ternyata keinginan untuk kenikmatan fizikal bukan sebab yang penting untuk aktiviti seks.
Kajian menunjukkan bahawa kenikmatan fizikal bagi rangsangan genital tidak semestinya komponen penting dalam keputusan melakukan seks. Pengkaji Candy Meston dan David Buss telah bertanya 400 orang pelajar sebab mereka melakukan seks pada beberapa tahun yang lalu. Selepas memproses data dan membuang jawapan yang serupa dan seiras, mereka mendapat senarai 237 sebab yang berbeza untuk seks, termasuklah, “Saya mahu memberikan STD kepadanya, “Saya kasihan dengannya”, “Untuk hukum diri saya” dan “Saya kalah dalam pertaruhan”.
Sebenarnya ialah kebanyakan manusia melakukan seks sekarang ini dengan tanpa kenikmatan atau apa-apa harapan terhadapnya. Jika keseronokan yang anda mahu dan jika berkeinginan untuk orgasma yang bagus, anda dapat memperolehnya dengan lebih cepat dan murah dengan kemungkinan yang lebih dan risiko yang kurang pada kehamilan dan penyakit melalui lancap. Lantas, mengapa anda melakukan seks dengan pasangna anda? Apabila anda melancap, mengapa anda berkhayal tentang lelaki itu (atau seseorang)?
Ternyata bahawa rasa yang dalam pada kenikmatan seks bergantung kepada sesuatu yang ada dan pengendalian yang lain. Ilustrasi yang pahit pada dasar ini dapat ditemui pada pelacuran. Pada zahirnya, pelacuran merupakan perniagaan yang suram yang merupakan contoh unggul bagi pencari kenikmatan yang mementingkan diri sendiri (kebanyakannya lelaki). Pelanggan membeli kelegaan seks fizikal demi wang yang mudah dan ringkas. Namun, pelanggan itu sendiri mampu memberikan orgasma secara percuma. Lantas, mengapa perlu bayar?  Mengapa keseronokan pelanggan bertambah jika pelacuran menghasilkan nada yang menyeronokkan dan keghairahan seks? Jika motivasi klien merupakan pelegaan seks yang mementingkan diri, iaitu kepuasan bagi desakan biologi, mengapa itu penting baginya jika pelacur itu ghairah? Apakah yang mengujanya pada fikiran itu yang wanita itu yang dia sendiri merasa seronok? Dasar sosial dan dinamik antara perorangan jelas wujud walaupun di sini, iaitu dalam transaksi yang terpencil.
 Selebihnya, marilah kita menerimanya bahawa seks bukanlah keseronokan yang automaik. Ingat pengalaman seks anda yang pertama. Itu bukanlah untuk keseronokan. Sebahagian pernafasan mulut, rabaan puting dada dari kelas kimia yang membuatkan anda terasa syahwat dari belakang anda, lidah basah dijilat ke telinga anda kerana rakan anda melihat sesuatu di internet tentang cara yang sepatutnya anda lakukan. Kemudian, dia bertanya jika anda terangsang. Atau ambil contoh urusan penciuman. Apa yang menyeronokkan menukar air liur dan baki makanan malam dengan seseorang yang lain? Sekalipun kita fokus pada genital, kebanyakan organ seks sangat sensitif apabila disentuh sama ada untuk yang lebih baik baik atau lebih teruk. Jika seseorang menyentuh genital anda dengan cemerkap atau ketika anda tidak bersdia atau anda tidak mahu disentuh, sentuhan itu akan menyakitkan, ofensif dan menjijikkan, tidak mengujakan dan menyeronokkan. Seks yang bagus adalah yang dipelajari. Anda perlu berusaha untuknya. Keseronokan tidak datang dengan sendiri dan bukan untuk annda seorang. Keseronokan seks nampaknya dipersiapkan, dijalankan, didefinsikan dan diuruskan melalui faktor luaran.
Randal Collin yang merupakan ahli sosiologi orang Amerika yang hebat yang telah pun menulis subjek ini pada beberapa dekad yang lalu (dan kebanyakan ilham kajiannya di atas mempunyai dasar) berhujah yang begitu menyakinkan bahawa seks manusia mampu difahami sepenuhnya hanya dengan konteks sosial. Manusia pada asasnya merupakan sosial yang berlainan dan menarik. Kita tidak boleh hidup dengan kesunyian dan keterasingan, apatah lagi untuk berkembang maju. Bagi kita, kuasa dan pemaknaan muncul semasa mengadakan perhubungan. Hasrat seks sekaligus bukanlah satu-satunya matlamat untuk keseronokan fizikal atau penghasilan anak, tetapi perhubungan dengan yang lain. Keseronokan seks secara asasnya pembinaan sosial yang merupakan pemilikan yang baru muncul bagi pertukaran sosial.
Menurut Collins, kita membina dunia kita dengan siri kompleks yang sedang berlaku, iaitu “upacara interaksi” yang mendorong kewujudan kita (fizikal) dan memberi makna (mental dan kerohanian). Setiap aspek pada kehidupan kita dikendalikan melalui istiadat ini. Perbualan antara rakan, hari bekerja, permainan bola sepak dan Ahad di gereja yang kesemua ini merupakan upacara interasi. Semua ini mungkin berbeza dari kandungannya, tetapi serupa dasar sosialnya dan proses psikologi. Ini semua melibatkan pengumpulan orang kepada suatu kumpulan yang orang itu menyedari terhadap sesama sendiri, mengarahkan perhatian kita kepada minat yang sama, berkongsi ekspresi emosi yang kuat dan menetapkan batasan antara “kita” dan “mereka”.
Pada konteks ini, seks merupakan upcara interaktif dan hal tersebut mengikut peraturan. Dalam pertembungan seks, kumpulan kecil berkumpul (biasanya dua, tidak lebih). Orang itu menyedari keberadaan yang lain (tidak ada seorang pun yang pernah berkata kepada anda ketika bersetubuh, “Wow! Saya baru perasan anda di sini”) dan perhatian mereka menghala ke minat yang sama (mereka bersanggama). Mereka berkongsi emosi yang hebat. Pada kes ini, keghairahan seksual dan membina definisi yang jelas tentang “kita” dan “mereka” (“kita” adalah di sini yang sedang melakukan seks dan “mereka”, ialah si selekeh di luar. Mereka tidak boleh melihat kita, menganggu kita atau mengetahui segala perkara tentang sesuatu yang kami lakukan).
Hasil pada upacara interaksi ini, sama ada di gereja atau di katil dapat dijangkakan, iaitu perpaduan antara mereka bertambah (di gereja, kita bersatu bawah naungan Tuhaan dan di katil kita setia antara satu sama lain), tenaga mental terbina (aku kuat pada kepercayaanku atau cintaku sangat mendalam). Pada pertembungan itu, terutamanya jika itu diulangi, memori yang terikat itu akan dipilih sebagai simbolik perhubungan dengan pasangan (empat puluh tahun di padang pasir atau empat puluh minit di hotel butik di Ventura), beberapa objek akan menjadi kuat kualiti sucinya (salib atau cincin perkahwinan) dan gerak isyarat akan dipilih untuk menjelaskan batasan perhubungan itu, membatasi perkara yang hanya kita sahaja dan membezakan kita daripada yang lain (kita meminum darah Christ atau hanya kita yang boleh sentuh sesama sendiri di situ).
Menurut Collins, pemahaman teliti pada keseksualan tidak mustahil jika kita melihatnya daripada perspektif konteks sosial itu berbanding kita memeriksanya dari perspektif individu itu. Penari menjadi seperti kebaikan itu bagi kewujudan tarian itu. Daripada kita berkata, “Setiap peluang ada harinya”, kita patut berkata, “Setiap hari ada peluangnya”. Anda dan kekasih anda tidak membawa kenikmatan seks ke perhubungan. Anda mendapat kenikmatan itu daripada perhubungan. Bahagian badan anda tidak mengisi perhubungan dengan kenikmatan seks. Interaksi itu yang mengisi badan anda dengan kenikmatan seks. Kenikmatan tidak berasal daripada rangsangan fizikal genital atau daripada kemungkinan beranakkan Bill Gates yang seterusnya. Pada kebanyakan dasar pertimbangan waras, kenikmatan seks berasal daripada kerjasama yang selaras antara manusia. Keseluruhan perhubungan manusia itu lebih besar daripada penglibatan bahagian individu, iaitu memiliki semangat tidak luntur yang lebih baik, kearifan yang lebih hebat dan keseronokan lebih dalam. Dengan itu, kita mencari keseluruhan itu di mana-mana sahaja, termasuk pada seks.
Pada akhirnya, seks sememangnya nikmat kerana melalui itu, kita mampu mengatasi kesepian dan membentuk ikatan yang bermakna dengan manusia yang lain.
Terjemahan daripada : https://www.psychologytoday.com/blog/insight-therapy/201204/why-do-we-have-sex
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s